- mahu kereta besar
- rumah mewah
- pendidikan yang bagus untuk anak-anak
- nak shopping selalu
- nak itu..nak ini...
Di mana ada jalan di situ ada jalan...
Baru-baru ini kita digemparkan dengan kenaikan petrol. Akibatnya berpusu-pusulah orang ke stesyen minyak untuk mengepam minyak yang murah sebelum ia menjadi mahal. Lebih mengerikan lagi dijangka bulan Ogos ini harganya mungkin akan disamakan dengan harga pasaran. Kesan yang lebih teruk lagi, kenaikan petrol ini akan menyebabkan kenaikan barangan lain termasuklah barang kawalan dan keperluan harian.
Bagaimana harus kita berhadapan dengan keadaan ini?
Ramai yang kata kita perlulah ubah cara hidup kita dengan lebih berjimat-cermat lagi. Pendapat ini sudah semestinya dipersetujui oleh ramai orang.
Cuba bayangkan penjimatan ini…
1) Mulai hari ini kita anak-beranak perlu kurangkan makan nasi. Kalau dulu sekali makan dua pinggan, mulai hari ini sepinggan seorang sahaja.
2) Petrol sudah naik, kita kena kurangkan guna kenderaan bermotor, kalau boleh guna basikal atau jalan kaki sahaja. (kalau pejabat tu 10 KM dari rumah?)
3) Kita kena jimat semuanya, kalau dulu tengok TV 8 jam sehari sekarang 4 jam sahaja. Kalau dulu guna peti sejuk 24 jam, sekarang guna 12 jam sahaja.
(Mungkin contoh yang saya berikan di atas tidak logik, tapi saya berikan sebagai contoh gambaran sahaja.)
4) Persoalannya sekarang, kalau selepas ini harga barangan naik lagi (sudah pasti punya walaupun petrol dah turun) adakah kita akan berjimat lebih lagi. Anak kita makin hari, makin kecil kah makin besar.
5) Keperluan kita makin berkurangkah makin bertambah?
Jadi bagaimana harus menghadapinya? Ya! Buatlah bisnes. Kalau nak berjimat setakat manalah kita nak berjimat? Nak tunggu gaji naik, kenaikannya tidak akan selaras dengan kenaikan harga barangan. Renung-renungkanlah…

No comments:
Post a Comment